Kursus Asas
plus Menjadi Pakar Penternakan dalam Sehari:
Apa yang
saudara akan pelajari?
1-
Cara mengambil / menyedut madu kelulut
2-
Cara memproses / membotol madu kelulut (by hand)
3-
Cara mengambil / memproses dan membotolkan propolis (by hand)
4-
Cara membuat haif (tempat kelulut menaikkan madu) secara:
1)
Single topping
2)
Double topping using net
3)
Triple topping using net
4)
Cup’s topping
5)
Single box ( big n small)
5-
Pecah Koloni cara:
1)
Kerat 2 @ 3 @ 4
2)
Bahagi Telur
3)
Opposite Tunnel
4)
Alih serombong
5)
Pujuk koloni datang ( spesis Carbonaria sahaja)
Objektif:
1)
Memberi kefahaman tentang sifat sifat serta jenis jenis kelulut
2)
Cara penjagaan dan penternakan kelulut A to Z
3)
Mengajar cara pembuatan Kotak ( Tempat pembiakan, bertelur dan
madu) pelbagai jenis dan bentuk.
4)
Mengajar cara mengambil madu dari jenis Topping, kotak, kayu dan
buluh
Kelebihan:
Pandai menguruskan sendiri penternakan
kelulut samaada di kebun buah, halaman rumah dan pelbagai tempat.
Boleh menjadi supplier kepada Syarikat AMS
semula.
# Nota mengenai pengenalan ,khasiat dan
produk disediakan.
# Sijil kemahiran kursus serta makan minum
disediakan.
# Kursus bermula dari jam 10 pagi hingga 6
petang
Kursus bertempat:
Teori: Pusat Rawatan ATTALAQQI Bukit Sekilau, Kuantan Pahang.
Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari
Praktikal : Kebun Kelulut AMS di Jabor (15 minit dari Pusat Rawatan)
Bermula jam 12.30 tengah hari hingga jam 6 petang.
(Solat zohor, makan dan solat asar rest sekejap).
Harga Kursus hanya RM 550 sahaja. Pendaftaran dan bayaran bermula jam 9 pagi di pusat Rawatan ATTALAQQI.
Untuk tempahan kursus , sms/whatsapps: Ustaz Sheikh Hassan 014 5350100
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 1/14 pada 30 Mac 2014
telah berjaya dilaksanakan. Rata rata peserta berpuas hati dengan pelbagai teknik Topping yang dilaksanakan secara praktikal, mudah dan cepat memperolehi hasil.
Kebun Kelulut AMS di Jabor menghasilkan madu selepas 4-5 hari selepas hasil (madu) disedut.Peserta didedahkan dengan praktikal menyedut dan merasa perbezaan madu daripada sarang kelulut. Peserta juga memotong sarang menggunakan chainsaw supaya tahu kedudukan mana sarang boleh di 'split'.
Belajar teori: di Pusat Rawatan Alternatif ATTALAQQI
1) Mengenal sarang
2) Cara membuat Kotak / Topping
3) Pelbagai perkara mengenai Kelulut dan penternakan.
4) Pelbagai soalan dijawab
Praktikal mengambil madu dari sarang. Merasa dan pengambilan propolis
Peserta membuat amali cara memotong sarang pada kedudukan yang betul. Peserta melihat dahulu Tengku Zailan memotong lalu peserta diberi satu sarang baru untuk dipotong.
Peserta akan kembali ke Pusat Rawatan ATTALAQQI untuk mempelajari cara membuat propolis dan membotolkannya.
Peserta mendapat sijil pengiktirafan kemahiran setelah selesai kursus.
Kami juga menawarkan kursus penternakan kelulut ini kepada
1- bakal bakal pesara kerajaan atau swasta,
2- mana mana persatuan
3- pertubuhan
4- koperasi
5- KRT
6- tentera didalam peralihan bersara
7- sektor perladangan
8- pekebun pekebun
9- sekolah, kolej atau universiti
dan sebagainya yang ingin membuat 'main income atau side income'. Boleh lah menghubungi kami untuk mengadakan kursus penternakan kelulut ini.
Kami mendapati bahawa madu kelulut yang telah mendapat testimoni hebat mengatasi pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, buasir, hepatitis B, leukimia dan lain lain, tidak cukup dipasaran serta sambutan amat menggalakkan.
Di Kuantan misalnya, promosi mulut ke mulut telah dilakukan mereka yang telah turun darah tingginya, stabil kencing manis dan bersih buah pinggannya.
Oleh itu bekalan yang sentiasa diperlukan mewajarkan kami mengadakan kursus kursus penternakan kelulut untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 2/14 pada 27 April 2014
Kali ini peserta kursus ada yang mempunyai sarang kelulut berbatang batang. Tetapi kekurangan pengetahuan tentang cara pemotongan untuk menjadikan sarang tersebut 'double' . Dengan praktikal yang ditunjukkan serta cara topping yang betul pada pendua sarang menjadikan pengalaman kursus ini berbaloi untuk dipraktikkan. Peserta juga diajak berbincang tentang harga pasaran supaya tidak berlaku permainan harga yang akhirnya merugikan pengusaha madu kelulut sendiri.
Ada peserta yang hanya tinggal 3 tahun sebelum persaraan mengambil kursus dahulu supaya bila tiba masanya terus mengusahakan sahaja penternakan lebah kelulut ini.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 3/14 pada 25 Mei 2014
Peserta menambah pengetahuan dan pengalaman serta meningkatkan kaedah tambahan dalam penyediaan topping yang pelbagai. Peserta diajak melawat kebun kelulut AMS yang baru dibeli di Sri Damai, Kuantan. Dengan pelbagai pepohon buah buahan yang menjadi teduhan sarang sarang kelulut, kelulut amat selesa dengan bekalan nektar serta propolis yang tersedia dengan banyaknya disekeliling.
Peserta menerima sijil kemahiran menternak kelulut cara AMS.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 4/14 pada 25 Jun 2014
Kali ini peserta terdiri dari bakal pesara yang akan balik ke negeri masing masing dan mempunyai kebun dan tanah terbiar. Juga beberapa guru serta yang bergelar doktor falsafah yang ingin menambah kemahiran dari cara ATTALAQQI.
Teori hampir 2 jam dipusat rawatan Attalaqqi
Sesi penerangan:
melihat cara topping di kebun Sri Damai setelah selesai praktikal di Ladang kelulut Jabor.
penerangan lanjut:
selesai kursus-bergambar kenangan dengan bakal jutawan madu kelulut -insyaAllah
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 5/14 pada 24 Ogos 2014
Kali ini peserta didedahkan dengan keadaan papan yang sesuai digunakan untuk pembuatan kotak (topping) kelululut. Ada papan tertentu yg digunakan menyebabkan kelulut hanya naikkan madu sekejap kemudian lari meninggalkan sarang atau tidak naik lansung. Ketebalan kayu/papan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan kenaikan madu didalam kotak tersebut. Perbincangan tentang pembuatan topping adalah amat penting bagi penternakan kelulut kerana ia adalah salah satu kunci kejayaan dalam penghasilan madu kelulut yang banyak.
Ketebalan yang diperincikan
Ketinggian bingkai juga diperincikan supaya tingkatan madu menjadi double atau triple malah lebih daripada itu.
Peserta kursus kali ini daripada Putrajaya (pak tam & mak tam) Langkawi dan anak pahang sendiri.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 6/14 pada 28 September 2014
Pada kursus ini ,peserta mempraktikkan topping yang mempunyai 12 lubang lebih cepat naik madu berbanding 1 lubang. Apa yang dipraktikkan oleh Ustaz Abdul Salam (gambar) topping terus ada madu keesokkan harinya. Beliau ialah guru tahfiz di Pusat Tahfiz Bukit Beirut.Alhamdulillah topping terhasil dari tangan yang berkat,
gambar dibawah adalah sahabat yang bermimpi tentang kelulut, mendengar dengungan kelulut walaupun tidak pernah melihatnya. IzinNya dapat mengenali kelulut dan mendalaminya melalui kursus ini. Encik Hazri (SPAD)
Ustaz Hamizi menunjukkan skillnya membelah batang sarang kelulut untuk diletakkan topping.
Ustaz Hamizi adalah guru tahfiz di Yayasan Pahang. Beliau stand by untuk persaraannya menternak kelulut.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 7/14 pada 26 Oktober 2014
Peserta kali ini terdiri dari orang-orang muda yang berminat dalam penternakan.
Keadaan Topping mula dipenuhi kantung madu selepas 4 hari . Kelebihan (dengan izinNya) cara kami ialah kelulut mula membina kantung sehari selepas topping dibuat. Dalam masa 10 hari madu telah mula boleh disedut. Dikebun Sri Damai, satu sarang disedut setiap 5 atau 7 hari sekali. Bermakna lebih kurang 4x sebulan bagi setiap sarang.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 8/14 pada 30 November 2014
Proses penyediaan propolis
Sarang masuk kebun Abang Wang @ Sukriya
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 9/14 pada 28 Disember 2014
Kebun Arinussalam selepas Kursus siri 9
Belakang rumah je.
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 10/15 pada 25 Januari 2015
Kali ini membincangkan antara kesilapan Penternak:
1) Tiada Ilmu tentang penjagaan kelulut
- Tidak memasuki mana mana kursus penternakan.
- Sehingga hendak menukar topping yang bermasalah pun tidak pandai.
- Tidak pandai mengorek kembali lubang yang tertutup
2) Hanya ada modal. Beli sarang, tapi hendak memasarkan malas, tak bergerak(tak promosi)
Harap orang tahu sendiri. Please, usaha kuat, baru berjaya.
3) Berniat nak jatuhkan harga. Ada modal tebal, boleh beli sarang banyak, nanti banyak madu aku boleh kontrol. Sifat mazmumah ini hendaklah dijauhi. Kerana penghasilan madu berkait juga dengan rezki pemberian Allah. Allah boleh matikan kelulut, buat ia lari atau tidak menghasilkan madu lansung.
4) Membela dikawasan tidak sesuai
5)
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 11/15 pada 22 Februari 2015
Kali ni hadir dari 3 buah negeri, Pahang , Terengganu dan Johor. Bakal pengusaha, bakal pesara dan pengusaha yang ingin menambah pengetahuan.
bergambar mesra usai kursus penternakan AMS
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 12/15 pada 29 Mac 2015
Peserta dari Terengganu, Pahang dan Kedah
TEORI di Pusat Rawatan Attalaqqi
Lawatan ke Site Kebun Kelulut Geliga. Bekas peserta kursus yang berjaya- Abang Sukriya @ Awang.
Encik Sidqi mempraktikan cara menyedut secara manual.
Semalam telah dimasukkan log log kelulut dikebunnya berlokasi di Binjai, Kemaman
Praktikal menebuk lubang topping cara yang betul
Praktikal membelah batang kelulut untuk diletakkan Topping
Peserta dijamu sampai sendawa madu lebah liar fresh dari sarang. Ini sudah bulan kedua madu lebah liar dihidangkan kepada peserta. Allah hantar madu free je ke kebun AMS. Alhamdulillah.
Peserta bergambar kenangan selepas selesai kursus dan penyampaian sijil
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 13/15 pada 26 April 2015
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 14/15 pada 31 Mei 2015
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 15/15 pada 30 Ogos 2015
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 16/15 pada 27 September 2015
Kursus Penternakan Kelulut AMS Siri 17/15 pada 22 November 2015