Ujian ketulinan madu:
Ujian Ketulinan Madu
Kaedah
Mengenalpasti Madu Asli dan Madu Palsu
Ujian
yang dicadangkan,
1.
Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
2.
Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk
mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak
menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma(cirri
madu kelulut) dengan cirri-ciri tertentu . Madu asli ternak pula rasanya cuma
manis sahaja dan kurang menyengat.
3.
Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli
telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk
memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan
berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui
kaedah tertentu, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4.
Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan
lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah
dibiarkan > 1 minggu).
5.
Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya
kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan
membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak
dapat dipastikan secara 100%).
Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara
saintifik.
Ujian yang dipertikaikan secara saintifik:
* Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan
oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’
yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga
mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati
semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar)
yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan
yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian
keaslian madu.
* Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi
kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika
dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu
asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar
air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang
tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian
madu.
* Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga
mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak
sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang
mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu
’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan
air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam
pengujian keaslian madu.
* Telur: Madu
tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan
mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar
tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas,
sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
* Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam
memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi.
Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah
warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya.
Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama
menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu
yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran
mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di
negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang
paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan 'stainless steel'.
* Madu yang diletakkan di piring putih bersama
air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil
seolah-olah sarang lebah: wallahu'aklam, menurut pemerhatian kami bentuk yang
kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh
kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi
seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan
cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan kami shampoo
ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.
Maka,
kami menasihati pengguna dan peminat madu supaya berhati-hati terhadap madu
yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan,
nanti disangka MADU rupanya RACUN yang sangat berbahaya. Jelasnya, kami sangat
berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu asli sehingga perlu dihuraikan
secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua
disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah
setitik madu sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu asli terutama
madu kelulut untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu
sumber penyembuhan alami .
UJIAN MAKMAL MADU KELULUT KAMI
Dibawah ini adalah contoh madu tiruan dan memudaratkan:
cuba perhatikan botol berwarna putih yang didakwa madu kelulut.
Sumber Gambar Penyelidikan Madu
Prof Dr Kamaruddin di Universiti Malaya:Madu Palsu
Yang Berleluasa Di Pasaran
* tip: elakkan dari membeli madu
yang didakwa
royal jelly atau susu lebah berwarna putih kerana pasti 100% PALSU, bayangkanlah nak perolehi 1gram royal jelly pun payah dari lebah ternak kerana harus disediakan sarang
'dummy' dan meletakkan telur berusia 1 hari padanya (teknik mendapatkan royaljelly)..
SUMBER ARTIKEL DARI MARDI
Warna madu kelulut: