Jumaat, 8 Februari 2013

MADU KELULUT PLUS 5 HERBA

MADU KELULUT PLUS 5 HERBA (MK+5H)

              Madu kelulut sememangnya berkhasiat tinggi. Diperkuatkan dan ditambah pula 5 jenis herba ( rempah terpilih) bagi membantu mendorong sistem tubuh menyah penyakit yang diakibatkan oleh pertambahan bakteria (jahat), toksin (terkumpul), kolesterol (mendap) dan mucus (lendir) tersumbat. Kelemahan sistem tubuh juga menjadi penyebab penyakit terjadi atau organ menjadi rosak terutama buah pinggang.Air kosong itu baik diminum, tetapi jika air tersebut dicampur madu kelulut, maka zat akan mudah terserap kedalam tubuh kerana ia menjadi medium (perantara) masuknya zat kedalam sel.

  Dengan mengamalkan MK+5H ini, insyaAllah bakteria jahat akan dibasmi, toksin terkumpul akan dikeluarkan, kolesterol akan dipecahkan, saluran darah akan dikembangkan bagi menggerakkan mucus/lendir dan sistem tubuh (imun, metabolisma dan sebagainya). Seterusnya tubuh akan terasa ringan, cergas, cerdas dan sihat.

  Kami menawarkan harga serendah RM20 untuk anda sebagai makanan tambahan dan 'ubat' bagi penyakit anda.Sila dapatkan dari pengedar berhampiran (jika ada) atau hubungi terus Pengurus Pemasaran : Tengku Zailan.

KHASIAT 5 HERBA PILIHAN:

Khasiat bunga pala:

Fuli atau bunga pala mengandung minyak atsiri, zat samak dan zat pati. Sedangkan dari bijinya sangat tinggi kandungan minyak atsiri, saponin, miristisin, elemisi, enzim lipase, pektin, lemonena dan asam oleanolat.
Hampir semua bahagian mengandung zat kimia yang bermanfaat bagi kesehatan, diantaranya dapat membantu mengubati masuk angin, susah tidur( insomnia),memperlancar pencernaan dan meningkatkan selera makan, karminatif (memperlancar buang angin), antiemetik (mengatasi rasa mual muntah), nyeri haid, reumatik(sakit sendi) dll.
Kandungan kimianya jadi solusi alami untuk meredakan stres dan gangguan insomnia.
Secara umum pemanfaatan pala sebagai ramuan herba adalah:
 1 - Ubat penenang
 2 - Gangguan tidur
 3 - Dehidrasi
 4 - Tingkatkan stamina

Khasiat kayu manis:
CINNAMON (cinnamomum zeylanicum)atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu
Nama Tempatan:kayu manis Nama Saintifik:cinnamomum zeylanicum Nama Lain:cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood Famili:lauraceae Lokasi dijumpai:Rempah Asal:
keterangan:
Kayu manis adalah sejenis pokok yang biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan.Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi.Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil dan berwarna putih manakala buahnya pula berwarna ungu.Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.
kegunaan:
Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol.minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa.satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis.Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh.
kegunaan lain kayu manis dalam perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit(membunuh bakteria e choli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencekah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi.Ia juga dapat melegakan senak perut dan juga menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil.mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.Mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit. 



Lada ekor: (piper cubeba)






Lada ekor  adalah penghasil haba dan bertindak mengimbangkan kolestrol dalam darah
Terkenal dengan khasiat meningkatkan tenaga kelakian dan menambah daya ransangan
Biasanya digunakan sebagai ubat senggugut. Ia juga digunakan untuk tambahan campuran di dalam herba dan ubatan


Tongkat ali:







 Nama Tempatan:Tongkat ali
 Nama Saintifik:Eurycoma Longifolia
 Nama Lain:Long jack, pasak bumi,Piak, tung saw(thailand)
Famili:Simaroubaceae

Khasiat :-
  • Meningkatkan Tenaga Batin
  • Melancarkan Perjalanan Darah
  • Meningkatkan Kesuburan Sperma
  • Demam Malaria
  • Menambah Tenaga
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
·         keterangan:kegunaan:
Kegunaan tongkat ali bertumpu pada ciri-ciri afrodisiaknya. Antara kandungan aktif dalam tongkat ali ialah alkaloid, saponins, quassinoids, erycomanone dan eurycomalactone.phyto compounds yang terdapat dalam tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon testosterone bagi lelaki.Untuk mendapatkan ekstraknya dua cara yang biasa digunakan ialah dengan merebus lama akarnya ataupun dengan cara mengisar akarnya hingga menjadi serbuk dan dijadikan pil atau kapsul ataupun dijadikan campuran dalam minuman kopi dan teh.Kesan pengambilan tongkat ali terhadap libido seks telah dikaji terhadap tikus dan didapati ianya dapat meningkatkan kekerapan seksual tikus tersebut.selain daripada itu tumbuhan ini jaga dapat merawat masalah snegal-sengal tulang, gatal-gatal, demam kuning , ederma,cirit-birit, masalah penghadaman, sakit pinggang dan disentri


Sepang kederang:






Nama Tempatan:Sepang
Nama Saintifik:Caesalpinia Sappan L.
 Nama Lain:Sepang merah, sappan wood, bakkum wood,bois de sappan(Perancis),to moc, cay vang (vietnam),tainniga(burma),sbeng(kemboja), su fang mu(china), palo de brazil(sepanyol),bakam(arab), pattanga(sanskrit)
 Famili:caesalpiniaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

keterangan:
Sepang merupakan sejenis pokok kecil(renek) yang berduri dan boleh dijumpai di negara-negara seperti China, Taiwan, India, Malaysia dan Vietnam.Ia merupakan pokok (tumbuhan berkayu) yang mempunyai kayu yang berwarna merah dan jika direndam didalam air akan mengeluarkan warna merah seakan-akan warna air sirap.Daunnya majmuk bipinat dengan susunan daun berselang.Dalam satu tangkai daun terdapat antara 10 hingga 12 pasang daun.Bunganya mempunyai lima kelopak bunga yang berwarna kuning.Bijinya tersimpan didalam pod buah.Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah brasilin,tanin dan minyak terbang(volatile oil).
kegunaan:
Sepang digunakan dalam masyarakat melayu terutamanya untuk rawatan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman akibat proses bersalin. Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin.Ia juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam.Ia boleh juga digunakan untuk mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang juga digunakan untuk basuhan vagina untuk mengubati penyakit seperti keputihan.Air rebusannya juga diminum untuk mengubati penyakit seperti disentri.Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan persediaan herba ini melainkan mendapat nasihat pakar perubatan yang bertauliah.

Khasiat:
  • Digunakan selpas bersalin
    Luka selepas beranak
  • Mengecutkan sistem peranakan