Ahad, 2 Disember 2012

AMS Stingless Bee Farm- Lebah Kelulut

ATTALAQQI Marketing & Services adalah sebuah syarikat berasaskan rawatan alternatif, ruqyah syariyyah dan jualan herba-herba serta madu.Mempunyai pengalaman rawatan dan jualan sejak 1998 bermula di johor dan pernah mengadakan rawatan serta kursus-kursus di mesir antara tahun 2006 hingga 2009.Seterusnya membuka pusat rawatan di Bukit Sekilau , Kuantan Pahang sehingga lah sekarang. Setelah mendalami kaedah penternakan lebah dan kelulut ,ATTALAQQI Marketing & Services telah membuka AMS Stingless Bee Farm sebagai melebarkan sayapnya menternak lebah dan kelulut secara komersial dan kerjasama.
Lebah Kelulut didapati dengan pencarian sarang-sarang daripada pelbagai pokok dimerata tempat disekitar Pahang dan Terengganu.Pengetahuan tentang pemecahan koloni membantu menambah bilangan sarang-sarang lebah kelulut tersebut. Kini promosi giat dijalankan bagi menerangkan khasiat madu lebah kelulut yang didapati dua kali ganda khasiat madu lebah (kajian MARDI).
KHASIAT MADU KELULUT:

 Khasiat madu kelulut termasuklah:
 - meningkatkan metabolisme badan -  menambahkan tenaga kelakian
 - menjaga kecantikan
 - menguatkan tenaga wanita yang baru  bersalin
 - antioksidan yang tinggi
 - mengurangkan kerosakan fungsi ginjal 
 - dapat mengurangkan stress aksidatif 
 - mengurangkan atrofi pada uterus & vagina  - membantu manguatkan tulang melalui           penyerapan kalsium 


         merawat : 
                    -PenyDiabetis mellitus (kencing manis) 
                    - Strok - Hepatitis (Hati) - Kanser 
                    - Hipentensi (Darah Tinggi) Batu Karang
                    - Lelah - Buasir 
                    - Menguatkan memori dan daya ingatan 
                    - menambah penumpuan 
                    - merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
 
Artikel : MADU KELULUT

 Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar .
        Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
        Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak 300g/ berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
         Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.


Kami membuka peluang perniagaan kepada mana-mana pihak samaada secara individu atau syarikat dengan membekalkan madu yang telah siap dibotolkan untuk dijual.Harga yang kompetetif dan khasiat yang tinggi akan membuat pelanggan "repeat sale" setiap kali merasai keberkesanan pengambilan madu kelulut sebagai 'supplement' ataupun sebagai 'ubat' sebagaimana mafhum hadis nabi s.a.w. 
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:



 setiap botol 60ml seperti gambar diatas:
      harga jualan  RM 20 sebotol
      harga tolak(borong) sila hubungi kami:
     
Stokis Daerah perlu hubungi pengurus pemasaran
Stokis Negeri perlu hubungi pengurus pemasaran

       Jika ingin menambah pendapatan melalui perniagaan madu kelulut ini,silalah hubungi 
 AMS Stingless Bee Farm :

 Atau Pengusaha : Ustaz Sheikh 014 5350100